Penduduk di China dilapor telah menjadikan aksi makan pisang sebagai trend terbaru hingga menimbulkan kebimbangan pihak kerajaan di negara itu.
Menurut laporan media di negara berkenaan, Kerajaan China kini terpaksa memantau ketat video-video yang semakin galak dimuatnaik ke media sosial, risau jika ia memberi impak moral yang negatif di dalam budaya masyarakat di sana.
Menurut sumber, pemantauan dan pengawasan yang dilakukan pihak berkuasa itu adalah bertujuan bagi memastikan aksi makan pisang itu tidak melibatkan sebarang aksi erotik atau lucah, yang boleh merosakkan moral ramai.
Difahamkan bahawa jika terdapat aksi seumpama itu, Kerajaan China tidak teragak-agak untuk mengharamkan perbuatan makan pisang dan memuat naik ke media sosial.
Namun begitu, tindakan kerajaan China yang cuba mengawal moral rakyatnya itu telah mencetuskan perdebatan hangat di kalangan rakyat di negara tembok besar berkenaan. -Kedahnews.com