Tuanku Hajah Haminah (dua, kanan) berkenan melancarkan gimik duit syiling kenangan sempena Ulang Tahun ke-100 PPPM, semalam. |
LANGKAWI - Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan melancarkan duit syiling kenangan keluaran Bank Negara Malaysia (BNM) sempena ulang tahun ke-100 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di sini, semalam.
Pelancaran dilakukan selepas baginda merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPPM 2015/2016 yang turut dihadiri isteri perdana menteri yang juga Yang Dipertua PPPM, Datin Seri Rosmah Mansor di Langkawi International Convention Centre.
Tuanku Hajah Haminah selaku Penaung Diraja PPPM bertitah, penerapan ilmu, kemahiran dan nilai murni melalui aktiviti dan program yang dijalankan Pandu Puteri diharap mampu melahirkan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber.
Baginda bertitah, melalui penerapan nilai murni dan pematuhan pada undang-undang Pandu Puteri, ia mampu melahirkan puteri bangsa yang mampu menempuh pelbagai rintangan dalam menghadapi cabaran era globalisasi ini.
“Visi persatuan Pandu Puteri ialah menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan, selaras itu PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja, dan dewasa yang berkaliber,” titah baginda.
Sementara itu Rosmah berkata, Pandu Puteri menyasarkan keahlian yang kini 85,000 orang kepada 100,000 menjelang 2017. - Bernama