Seorang wanita warga asing yang cuba bersembunyi di atas bumbung bagi mengelakkan ditangkap. |
ALOR SETAR - Gara-gara tidak mahu dicekup pihak berkuasa, beberapa wanita warga asing sanggup bersembunyi di atas bumbung sebuah premis kedai dua tingkat di Jalan Putra, di sini, baru-baru ini.
Bagaimanapun, taktik wanita berkenaan tidak berhasil apabila kelibat mereka berjaya dikesan anggota imigresen yang menyerbu premis berkenaan sempena Ops Ikrar.
Operasi bermula jam 9.15 malam itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Phon Ai Liap.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Kedah, Mohd Shahrir Khalil berkata, dalam operasi itu pihaknya menahan lima wanita warga Thailand.
"Dalam operasi itu, kami menyerbu lima premis dan hanya lima warga asing ditahan.
"Wanita warga asing yang berusia antara 29 hingga 42 tahun itu ditahan kerana disyaki menyalahgunakan pas dan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.
Katanya, kesemua ditahan dibawa ke Lokap Imigresen Bangunan Kementerian Dalam Negeri sebelum diserahkan ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik.
Sumber: Sinar Harian