Datin Paduka Umie Aida |
AKTRES Datin Paduka Umie Aida akui dirinya rindu untuk kembali berlakon membawa watak berat yang memerlukan dirinya menangis dalam skrin.
Kali terakhir Umie memegang watak seumpama itu ialah pada tahun 2010 menerusi drama Air Mata Nur Salina bergandingan Remy Ishak dan diarahkan oleh kakaknya iaitu Erma Fatima.
Setelah sekian lama menyepi dari industri seni tanah air, Umi kembali menerusi drama kesukaan ramai iaitu Mok Cun yang disiarkan menerusi rangkaian Media Prima dan pernah diangkat menjadi sebuah teater pada tahun lepas.
Menerusi drama bersiri itu, Umie memegang watak Zeenat seorang wanita yang mempunyai karekter gila-gila. Walaupun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, namun watak yang dibawa cukup menyerlahkan kemampuan Umie dalam menjiwai pelbagai watak dan peranan.
Namun menurut Umie kepada sebuah portal akhbar, akhir-akhir ini, kerinduan untuk membawa watak berat sangat menebal dalam dirinya.
“Cuma selepas beberapa tahun tidak bermain dengan emosi dalaman, perasaan ingin kembali menangis atau lebih tepat, menghidupkan watak berat seakan membuak-buak,” katanya.
Umie atau nama sebenarnya, Umi Kalsum Rahmad Ali, 43, bersyukur dengan penerimaan daripada peminatnya walau sekian lama tidak muncul di kaca televisyen dan watak Manisah seolah-olah sebati dengan dirinya.
“Sebenarnya, saya berbesar hati apabila peminat Mak Cun memanggil saya dengan nama Manisah. Ini menunjukkan mereka menerima pembawaan wanita bermulut becok dan berimej Bollywood itu di luar layar kaca.
“Saya sendiri seronok ‘mewarnakan’ karektor begini yang jauh menyimpang daripada peranan air mata yang sebelum ini sangat dominan dengan saya.”
Dalam pada itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya Umie memberitahu beliau baru sahaja selesai menjalani penggambaran musim kedua drama arahan Erma Fatima “Mak Cun” baru-baru ini.
Pada masa sama beliau juga sedang meluaskan perniagaan miliknya dengan merancang melakukan pelancaran jus detox selepas Hari Raya Aidilfitiri depan. -Kedahnews.com