VIDEO: Hina Produk Melayu, Bella Tampil Mohon Maaf


SEORANG gadis yang dikenali sebagai Bella yang namanya menjadi viral baru-baru ini tampil memohon maaf gara-gara menghina produk pengusaha Melayu.

Dalam video viral itu, difahamkan Bella membuat laporan polis gara-gara losyen panas yang dipakainya tidak berasa panas seperti yang dijanjikan oleh pengeluar.

Disebabkan rasa tidak puas hati, Bella dilaporkan membuat laporan polis berhubung hal tersebut.


Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Bella tampil memohon maaf menerusi sebuah video berdurasi satu minit 34 saat yang sedang hangat dikongsikan menerusi laman-laman sosial.

Dia juga mengatakan sudah menarik balik laporan polis yang dibuatnya sebelum ini.

“Bella minta maaf dan betul-betul menyesal atas kata-kata Bella yang menghina produk Melayu,” itu antara kata-kata yang dimuatkan Bella menerusi video tersebut.

Menurut Bella, dia menggunakan losyen tersebut kerana sudah penat mendengar ejekan daripada orang ramai yang sering kali mengutuk saiz badannya yang besar. –Kedahnews.com