Meskipun di zaman yang kian bertambah moden ini, namun masih ramai manusia memilih amalan khurafat atau sihir yang menyalahi agama untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati, termasuk yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Menerusi satu video yang dimuatnaik di Facebook Kelab Penjejak Alam Mistik/Ghaib, seorang wanita separuh usia dalam rakaman berkenaan didakwa sedang melakukan perkara mistik terhadap sebuah premis perniagaan.
Dapat dilihat wanita itu kelihatan duduk lalu terkumat kamit membaca sesuatu selepas mendapat barang yang dihulurkan tangan seseorang.
Seterusnya dia mula menabur sesuatu yang agak kurang jelas di sepanjang pintu masuk kedai sebelum beredar dengan tergesa-gesa.
Apa yang agak "misteri", ada yang mendakwa jika diperhatikan betul-betul wanita itu bukan sahaja menabur sesuatu malah ada bayang hitam yang ditinggalkannya di situ.
Perhatikan rakaman di bawah:
Dapatkah anda kenal pasti bayang hitam dimaksudkan?
Apa pun jika benar makcik dalam rakaman video ini melakukan perkara yang menyalahi agama, semoga dia sempat bertaubat.
Ingatlah pesan ustaz-ustaz bahawa meminta bantuan dari jin atau syaitan adalah merupakan perbuatan yang menyekutukan Allah SWT adalah antara dosa besar yang tak akan diampunkan jika jika tidak bertaubat nasuha. - Kedahnews.com