VIDEO: Nak Tunggu Ada Orang Dah Mati Baru Nak Stop Buat Dosa?

Jika diperhatikan memang ramai individu yang gemar membuang sampah merata-rata di negara kita, bagaikan tidak pernah belajar tentang sivik dan pendidikan agama.

Ada pula di kalangan kita yang tanpa rasa bersalah tergamak membuang sampah keluar dari tingkap kenderaan masing-masing.

Menghairankan, jika di negara luar, tidak pula ada yang berani buat begitu dan langgar peraturan "buang sampah merata-rata" kerana takut didenda pihak berkuasa.

Apalah salahnya jika sediakan plastik dalam kereta dan buang dulu sampah di dalam beg plastik berkenaan sebelum dibuang ke dalam tong sampah apabila tiba di lokasi yang sesuai.

Bak kata Shaheizy Sam, “Nak tunggu ada orang dah mati baru nak stop buat dosa?”.

Iklan khidmat masyarakat yang dipersembahkan khas dari Sam dan isterinya, Syatilla Melvin ini memang "kellassss gitu".

Walaupun iklan ini menyelitkan unsur yang agak lucu, namun kita boleh ambil pengajaran yang cuba disampaikan menerusi iklan yang ditunjukkan secara santai ini.

Jadi, selepas ini jangan "gatal tangan" buang sampah merata-rata atau anda mungkin akan dituduh "membunuh" tanpa sengaja. -Kedahnews.com