Tun Abdul Ghafar Baba |
Digelar sebagai 'bandaraya bersejarah', tidak sah jika mereka yang menjejakkan kaki di negeri Hang Tuah ini tidak melawat ke A'Famosa, Kota St.John, Bukit China, Makam Hang Tuah, Gereja St. Christ atau Muzium Kapal Selam yang sentiasa dipenuhi pengunjung terutama pada hari cuti.
Namun, terdapat satu lagi tarikan di Melaka, namun kurang diberi perhatian iaitu Memorial Tun Abdul Ghafar Baba yang terletak di Peringgit.
Memorial ini yang merupakan tapak asal dan bangunan kediaman allahyarham semasa menjadi ketua menteri Melaka tidaklah besar atau luas, namun ia mampu membuatkan mereka yang berkunjung ke situ pulang dengan pengetahuan dan keinsafan.
Berkunjung ke sini juga akan membuatkan anda faham mengapa beliau dikatakan seorang pemimpin politik yang bersederhana dan berjiwa rakyat.
Sumber: mStar