Wahai Ibu Bapa, Lihatlah Aksi Tak Senonoh Anak Anda Ini...


Tiga keping gambar di bawah ini menunjukkan masalah kepincangan masalah sosial di kalangan remaja di Malaysia yang semakin membimbangkan.

Gambar curi yang berjaya dirakam ini memaparkan aksi tidak senonoh pasangan remaja yang dipercayai masih di bangku sekolah, di belakang sebuah bangunan.

Menerusi perkongsian yang semakin viral di seluruh negara ini, aksi ini dikatakan berlokasi di Gua Musang, Kelantan, namun tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan tersebut.


Dengan aksi ringan-ringan seperti itulah akan membawa kepada kancah maksiat terutama zina jika tidak dibendung di kalangan budak-budak sekolah.

Sekiranya mereka dididik ibu bapa dari kecil untuk berpegang teguh pada ajaran Islam, kami yakin inshaAllah aksi begini tidak akan berlaku di negara kita.

Mungkin sudah sampai masanya para ibu bapa untuk memberi perhatian kepada didikan asas agama yang lebih kuat kepada anak-anak berbanding sibuk bekerja siang dan malam mencari wang untuk mewahkan keluarga. – Kedahnews.com