“Sohai punya Melayu, Melayu banyak bodoh!,” itu kata-kata kesat seorang perempuan Cina yang bertindak memaki hamun penduduk setempat dalam kejadian di sebuah masjid di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Menurut Imam Dua Masjid Abu Ubaidiah, Yunus Harun, insiden berkenaan berlaku sejurus selepas Asar pada Rabu (4 Mei), ketika dia serta beberapa jemaah lain masih berada di masjid berkenaan.
“Masa tu lepas waktu Asar. Ada lagi jemaah di masjid, tengah berwirid. Saya dan jemaah lain ada di tangga masjid.
“Tiba-tiba sebuah kereta masuk dan seorang perempuan keluar terus masuk ke dalam masjid. Gayanya macam tengah marah. Dia pun tak bawa apa-apa senjata.
“Dia meluru masuk masjid dan bertanyakan soalan yang mengejutkan sehingga memaksa kita memintanya beredar,” katanya.
Tambah Yunus, wanita berkenaan masih enggan keluar sehinggalah mereka semua keluar dan berhimpun di perkarangan masjid.
Katanya, ketika berjalan keluar dari masjid wanita berusia lingkungan 50-an itu dilihat masih lagi merungut-rungut seakan tidak berpuas hati dengan sesuatu.
“Ketika itu kami menghubungi polis untuk datang ke masjid ni, tetapi perempuan itu naik ke keretanya dan beredar dari masjid ni,” tambahnya.
Sementara itu, laporan polis berhubung perkara berkenaan sudah pun dibuat di Balai Polis Tambun serta di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Ipoh, tengah malam kelmarin.-Kedahnews.com