Wanita Dakwa Dianiaya ASTRO, Sudah Batal Tapi Bil Datang Lagi


KISAH pelanggan teraniaya bukanlah satu kisah baharu, sebaliknya ada sahaja kes yang sebegini yang dilaporkan terjadi pada setiap hari.

Kes yang dialami seorang wanita, Novianti Mohd Zain menjadi viral baru-baru ini dan perkongsiannya mendapat perhatian daripada netizen di luar sana.

Ceritanya, Novianti sudah membatalkan langganan bulanannya dengan Astro tetapi bil bulan-bulan selepas itu tetap juga datang.

Menurutnya, pusat khidmat pelanggan Astro sering melengah-lengahkan aduannya sehingga terpaksa membawa hal itu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.

Hanya selepas dilaporkan, baharulah kesnya dipandang oleh pihak Astro sehingga mereka mengambil keputusan memadamkan bil tertunggak yang telah dihantar kepadanya sebelum ini.

Di bawah merupakan perkongsian Novianti dan dia mengharapkan kisahnya ini dapat menjadi pengajaran buat individu yang pernah ‘dibuli’ oleh mana-mana peniaga atau syarikat sebelum ini.


Gunakan hak sebagai pengguna untuk mengelakkan diri kita daripada dianiaya mahupun dibuli pihak kapitalis. -Kedahnews.com