Nor Shuhada menunjukkan keadaan dapur rumahnya yang tiada bumbung. |
JITRA - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang mengalami kecacatan tangan pendek sebelah terpaksa mengerah keringatnya untuk menimba air yang bertakung di bahagian dapur rumahnya setiap kali hujan.
Masalah itu berlaku selepas bumbung dapur rumah yang dihuni, Nor Shuhada Abd Ghani, 29, di Kampung Ketul, Mukim Tunjang di sini, diterbangkan ribut dalam kejadian Sabtu lalu belum dibaiki.
Nor Shuhada berkata, sejak kejadian ribut itu, dapur rumahnya tiada bumbung dan setiap kali hujan dia akan gelisah kerana perlu menimba air yang bertakung dalam rumah.
"Memang penat kena timba air, namun saya tiada pilihan kerana tidak mampu membaiki bumbung ini sendiri," katanya yang tinggal seorang diri.
Menurutnya, sejak bumbung rumah diterbangkan angin, dia juga tidak dapat tidur lena.
"Setiap malam saya fikirkan masalah ini, saya tidak tahu bagaimana mahu membaiki rumah ini.
"Saya menyara hidup dengan mengambil upah menjahit dan hanya cukup untuk tampung makan minum sahaja," katanya.
Katanya, diharap pihak berkenaan dapat turun padang menghulurkan bantuan bagi membaiki bumbung rumahnya yang rosak.
Dalam kejadian Sabtu lalu, hampir keseluruhan bumbung dapur rumah Nor Shuhada diterbangkan angin dan ketika kejadian dia tiada di rumah kerana melawat saudaranya di kawasan berhampiran.
Sumber: Sinar Harian