Warga Emas Guna Spanar Menang Bergusti Dengan Buaya

Gambar Hiasan
DARWIN - Seorang lelaki lemas manakala seorang lagi berjaya melepaskan diri daripada menjadi makanan beberapa ekor buaya selepas bergelut dengan haiwan itu menggunakan spanar.

Menurut laporan CNN, Ray Mccomber dan Noel Ramage yang berusia 70-an sedang menaiki bot di North Territory apabila beberapa ekor buaya merempuh bot mereka.

Akibat rempuhan tersebut, bot mangsa karam manakala Noel lemas ketika mahu memanjat bot.

Ray pula terpaksa menggunakan spanar dan palam pencucuh enjin bot untuk melawan haiwan buas berkenaan untuk beberapa jam.

Ray Mccomber dan Noel Ramage
Selepas tiga jam, Ray ditemui oleh beberapa penangkap ketam di sebuah kawasan paya.

Mayat Noel juga berjaya dibawa ke darat.

Sementara itu, pengarah pasukan penyelamat udara CareFlight, Ian Badham berkata buaya yang menyerang Ray dan Noel merupakan buaya air masin dan merupakan buaya paling buas.

"Ia adalah spesies buaya yang besar dan kuat. Ini Darwin, dan buaya ada di mana-mana," kata Ian.

Sumber: Sinar Harian