Whatsapp Kini Boleh Bold, Italic, Strikethroughs


APLIKASI yang memberikan seribu satu kemudahan kepada orang ramai, WhatsApp sejak akhir-akhir ini dilihat lebih aktif dalam menguji dan mencuba pelbagai fungsi baru.

Jika sebelum ini mereka memperkenalkan aturan kod berkunci (privasi pengguna) dan penghantaran dokumen besar, terbaharu WhatsApp mombolehkan perkataan yang dikirim dengan aplikasi ini boleh ditebalkan (bold), diserongkan (italic) atau digaris (strikethroughs).

Untuk menghantar teks berbentuk tebal, anda hanya perlu menaip teks diantara tanda *. Sebagai contoh, untuk tebalkan perkataan HAZIQ, pengguna perlu menaip *HAZIQ*.

Seterusnya untuk menjadikan teks berkenaan condong, menggunakan konsep sama, tetapi dengan awalan dan akhiran _.

Sebagai contoh, taip _HAZIQ_ sewaktu hendak mengirim teks dan tekan hantar, maka hasilnya akan menjadi HAZIQ.

Manakala untuk membuatkan teks anda digariskan  , juga sama sahaja, hanya perlu menggunakan ~ di kedua-dua penggal dan hujung perkataan. -Kedahnews.com