10 Juta Muslim Di Xinjiang Saban Tahun Dilarang Berpuasa

Ketika umat Islam di seluruh dunia memulakan ibadah puasa semalam, media sosial tempatan dibanjiri ucapan salam Ramadhan dan doa agar mereka dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.

Namun perkara yang sebaliknya berlaku di China apabila lebih 10 juta muslim yang menetap di wilayah Xinjiang, tidak dibenarkan untuk berpuasa.
.
musim


Menurut agensi berita antarabangsa AFP, kerajaan China sehingga ke hari ini, masih tetap melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa, sama seperti sebelum ini.

Larangan tersebut ditetapkan buat penjawat awam, pelajar dan kanak-kanak seperti yang dihebahkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing melalui laman sesawang dalam notis yang dikeluarkan pada minggu lalu, berhubung sekatan semasa bulan Ramadhan.


“Ahli-ahli parti, penjawat awam, pelajar dan kanak-kanak tidak harus berpuasa pada bulan Ramadhan dan tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti agama,” tulis notis yang dipaparkan pada Khamis lepas di laman web rasmi bandar Korla, Xinjiang.

muslimat-uighur

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, larangan itu dikecam oleh kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri dari China dan hidup dalam buangan.

Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit berkata tindakan kerajaan China yang menindas itu akan mencetuskan lebih banyak ketegangan.

480726008
.


“Kami menggesa China agar memastikan kebebasan agama untuk Uighur dan menghentikan sebarang penindasan politik melibatkan bulan Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh media antarabangsa.

Xinjiang juga dikenali sebagai Turkestan Timur, merupakan wilayah autonomi di barat laut China. Ia didiami oleh etnik Uighur beragama Islam yang menuntut kemerdekaan daripada pemerintah di Beijing.

304189_620

Wilayah itu juga didiami oleh penduduk Islam daripada etnik lain termasuk Kazakh, Kyrgyz, Uzbek, Tatar dan Tajik. -Kedahnews.com