KUALA LUMPUR – Suasana di Pintu B, stesen KL Sentral di sini sesak apabila dibanjiri warga kota yang beratur sejak awal pagi semalam bagi mendapatkan tiket kereta api percuma Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Sebanyak 1,000 keping tiket itu diedar oleh KTMB sempena Hari Raya Aidifitri dengan kerjasama sebuah syarikat swasta.
Presiden KTMB Lt Kol (B) Datuk Sarbini Tijan berkata tiket percuma itu adalah untuk perjalanan 3 dan 4 Julai depan melibatkan kesemua destinasi di seluruh negara dari Kuala Lumpur.
“Kali ini KTMB menambah satu laluan iaitu ke Tumpat dengan jumlah tiket sebanyak 300 keping kerana perkhidmatan untuk semua laluan Pantai Timur telah beroperasi sepenuhnya Mei lepas setelah jambatan Kemubu, Kuala Krai yang rosak teruk akibat banjir selesai dibaik pulih,” katanya pada sidang media di sini.
Sarbini berkata, tiket percuma bagi destinasi ke Ipoh, Padang Besar, Johor Baharu akan menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) manakala ke Tumpat pula tren Eastern Holiday.
Sementara itu, seorang anggota tentera yang bertuah mendapat tiket percuma itu, Khairul Anuar Mahmood, 23, berkata ini merupakan kali kedua beliau dapat tiket itu selepas kali pertama pada tahun lepas.
“Alhamdulillah…rezeki sekali lagi buat saya tahun ini. Saya telah merancang awal dengan bersahur di sini bagi menjadi antara orang yang terawal mendapatkan tiket percuma ini.
“Jika setiap kali mahu pulang ke kampung, saya akan berusaha mendapatkan tiket kereta api dahulu kerana perkhidmatannya selesa dan selamat,” katanya yang akan bercuti ke kampung halaman selama satu minggu.
Seorang pelajar Putri Izatul Aqilah Putra Zul Azreih, 19, pula berkata beliau mendapat maklumat mengenai tiket percuma itu menerusi laman sosial Facebook.
“Saya datang di sini bersama ibu seawal 6 pagi bagi mencuba nasib…Saya amat gembira mendapat tawaran seperti ini kerana sudah dua tahun tidak pulang beraya di kampung,” katanya yang akan pulang ke Ulu Tiram. – BERNAMA