Wanita yang ditahan oleh penguatkuasa AADK dalam dua serbuan berasingan. |
SUNGAI PETANI - Dua beradik antara empat wanita yang ditahan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda dalam satu operasi dijalankan di dua rumah berasingan, baru-baru ini.
Serbuan dijalankan dengan kekuatan lima anggota diketuai oleh Pegawai Penyiasat AADK, Norzarenawati Osman berdasarkan aduan yang diterima pihaknya berkenaan rumah berkenaan disyaki menjadi tempat menagih dadah.
Pengarah AADK Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, hasil risikan dijalankan, pihaknya berjaya menahan suspek wanita berusia 25 hingga 31 tahun yang didapati terlibat dengan penagihan dadah jenis syabu.
“Serbuan pertama dijalankan ke atas sebuah rumah di Kampung Huma dan Tanjung Dawai dan berjaya menahan seorang wanita berusia 25 tahun.
“Dalam serbuan kedua di Taman Keladi, pihak AADK berjaya menahan tiga wanita berusia 31 hingga 33 tahun. Dua antara mereka adalah adik beradik yang didapati aktif menagih dadah di rumah," katanya.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat AADK Kuala Muda untuk tindakan lanjut.
“Hasil saringan air kencing mendapati empat wanita positif syabu akan didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983)," katanya.
Sumber: Sinar Harian