Pekerja sedang menyembelih ayam. |
SUNGAI PETANI - Dua pemilik pusat penyembelihan ayam di daerah ini diberi amaran keras oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) kerana gagal mematuhi standard halal termasuk aspek penyembelihan dan pemprosesan ayam.
Pemilik pusat itu diberi tempoh untuk mengambil kursus penyembelihan ayam mengikut syarak di pejabat JHEAIK, 28 Jun ini (semalam).
Arahan tersebut dikeluarkan ke atas kedua pusat penyembelihan itu dalam satu operasi pihak JHEAIK bersama Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah(MPSPK), Jabatan Veterinar Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri dijalankan awal pagi, Ahad lalu.
Serbuan pertama dilakukan pada jam 4 pagi, sebuah pusat penyembelihan ayam di kawasan Semeling, di sini, bertindak atas aduan orang awam yang khuatir dengan logo halal dipamerkan.
Penolong Pengarah Penyelidikan (Unit Pengurusan Halal), Rosyadah Ramli berkata, ketika diserbu, pihaknya tidak menemui sebarang keraguan kerana pusat penyembelihan itu masih belum beroperasi.
“Hampir 15 minit menggeledah premis berkenaan, penguatkuasa menemui nombor telefon pemilik premis lalu menghubunginya.
“Kemudian, seorang lelaki berusia 40-an mendakwa sebagai pemilik premis yang beroperasi di Semeling sejak tahun 2009. Ketika disoal siasat mengenai logo halal dipamerkan, lelaki itu mendakwa penggunaan logo halal yang tertera adalah kesilapan dilakukan syarikat pencetak dan bukan atas kemahuannya.
“Pihak kami memeriksa sama ada logo halal dipamerkan di premis berkenaan pada papan tanda dan resit sebagai tarikan kepada pelanggan Islam mengikut nama pemilik premis tertera dalam sijil halal, tetapi ia terdapat dalam sijil berkenaan,” katanya.
Rosyadah berkata, difahamkan, pusat penyembelihan ayam itu menyembelih antara 600 hingga 700 ekor ayam setiap hari sepanjang Ramadan berbanding pada bulan biasa antara 200 hingga 300 ekor ayam.
Namun, katanya, proses penyembelihan yang dilakukan di pusat berkenaan dipercayai tidak mematuhi standard halal Jakim.
“Walaupun pusat penyembelihan itu sudah lama beroperasi tetapi masih gagal memperoleh sijil kelayakan menyembelih ayam mengikut standard halal Jakim.
“Selalunya, kebanyakan pengusaha peniagaan ini menggunakan logo halal ini untuk mengaut keuntungan dan juga mengaburi mata pengguna kononnya ayam disembelih ikut syarak dan mematuhi dari segi teknikal kebersihan.
“Oleh itu, penggunaan logo halal secara palsu atau tiada pengesahan halal secara sah dijadikan modal menarik pelanggan Islam,” katanya.
Dalam serbuan kedua, di sebuah pusat penyembelihan dekat Bedong, pula mendapati ayam disembelih pusat itu tidak mengikut hukum syarak.
Rosyadah berkata, pihaknya khuatiri ayam disembelih tidak mengikut hukum syarak sah walaupun pelbagai alasan diberikan penyembelih ayam.
“Walaupun, alasan ayam yang disembelih tidak putus urat, warna kepalanya akan bertukar menjadi hitam akan diasingkan untuk dijual kepada orang bukan Islam, namun pihak kami masih khuatiri mereka tidak mengikut hukum syarak,” katanya.
Katanya, kedua-dua pemilik pusat itu dikeluarkan amaran dan diarahkan mengambil khusus penyembelihan ayam mengikut syarak di pejabat JHEAIK pada 28 Jun ini (semalam).