Gambar Hiasan |
ALOR SETAR – Sebanyak 34 premis di sekitar bandar raya Alor Setar diserbu polis kerana beroperasi pada bulan Ramadan, kata Ketua Polis Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin.
Rozi berkata jumlah itu bagi tempoh hari pertama Ramadan hingga hari ke-14.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 25 pusat hiburan keluarga diserbu, premis karaoke/kafe (tujuh) dan dua premis pusat internet,” katanya kepada pemberita hari ini.
Kesemua premis tersebut katanya melanggar undang-undang di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.
Sabit kesalahan, pemilik premis boleh didenda tidak lebih RM10,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun, katanya. – BERNAMA