Park Yoo-chun |
PELAKON terkenal Korea Park Yoo-chun kini berhadapan dengan empat dakwaan merogol selepas kesemua mangsa tampil membuat laporan polis, baru-baru ini.
Asia One News melaporkan pengadu ketiga mendakwa Yoo-chun, 30, telah merogolnya dalam bilik air di sebuah pusat karaoke pada Februari tahun lalu manakala pengadu keempat mendakwa dirogol di bilik air rumah pelakon itu pada Jun 2014.
Laporan dibuat pengadu ketiga dan keempat diterima selepas seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dirogol Yoo-chun 10 Jun lalu di bilik air bar tempat dia bekerja.
Walaupun wanita terbabit kemudiannya menarik balik laporan yang dibuat, pihak polis dilaporkan akan terus menyiasat perkara tersebut dan pengadu boleh didakwa jika didapati membuat laporan palsu.
Laporan polis oleh wanita kedua yang mendakwa dirinya dirogol aktor itu turut menyebut lokasi kejadian adalah bilik air sebuah bar di Gangnam, tempatnya bekerja.
Yoo-chun kini sedang menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun yang diwajibkan ke atas semua penduduk lelaki Korea.
Aktor itu ditempatkan di Pusat Latihan Tentera di Gangnam sebagai pekerja pentadbiran. – Kedahnews.com