Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ditetapkan pada petang Isnin, 4 Julai bersamaan 29 Ramadan 1437 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, semalam.
Menurutnya, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara iaitu:
JOHOR: Pontian Kecil
MELAKA: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)
NEGERI SEMBILAN: Telok Kemang (Port Dickson)
SELANGOR: Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra (Banting), Balai Cerap Selangor (Sabak Bernam)
PERAK: Pantai Pasir Panjang (Manjong) PULAU PINANG: Pusat Falak Sheikh (Pantai Acheh)
KEDAH: Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Pemandangan Indah (Pulau Langkawi), Menara Alor Setar
TERENGGANU: Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut), Balai Cerap KUSZA (Setiu)
KELANTAN: Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampung Tembeling (Kuala Krai), Menara Bangunan SEDC (Kota Baharu)
SARAWAK: Tanjong Lubang (Miri), Teluk Bandung & Tanjung Batu (Kuching)
SABAH: Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan)
PAHANG: Bukit Tanjong Batu (Nenasi), Gunung Brinchang (Cameron Highlands), Bukit Pelindong (Kuantan)
LABUAN: Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah
KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur
PUTRAJAYA: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
PERLIS: Kuala Sungai Baru (Simpang Empat). – BERNAMA