ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan lima pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Thailand dalam Op Ikrar yang dijalankan di sebuah premis di Taman Pekan Rabu, Sungai Petani, awal pagi semalam.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah Mohd Shahrir Khalil berkata dalam operasi yang dijalankan pada 1.10 pagi itu, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap enam wanita Thailand dan 20 pelanggan tempatan yang berada di dalam premis berkenaan.
"Hasil pemeriksaan, lima wanita warga Thailand berumur antara 21 hingga 45 tahun ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar dan menyalahgunakan pas lawatan dikeluarkan.
"Seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun yang merupakan majikan mereka turut ditahan kerana melindungi PATI," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shahrir berkata semua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik. - Bernama