GEORGE TOWN – Enam nelayan Indonesia ditahan ketika menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia semalam.
Seorang tekong bersama lima awak-awak itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang di kedudukan 48 batu nautika barat daya Pulau Kendi kira-kira pukul 5 petang.
Ketua Pengarah Maritim Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kamaruszaman Abu Hassan berkata bot tanpa nombor pendaftaran yang dinaiki nelayan terbabit dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan penguatkuasa APMM yang menjalankan Operasi Khas Satria Utara.
“Kesemua nelayan berumur antara 22 dan 26 tahun itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut merampas bot nelayan itu, beberapa peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan ikan seberat 50 kilogram.
Kamaruszaman berkata APMM Pulau Pinang turut menjalankan Ops Pagar Laut sempena bulan Ramadan bagi mengekang penyeludupan dan pencerobohan pendatang tanpa izin yang ingin masuk atau keluar dari negara ini menggunakan jalan laut. – BERNAMA