Gambar Hiasan |
GEORGE TOWN - Enam tukang urut warga Thailand yang sedang leka mengurut pelanggan yang kebanyakannya lelaki di sebuah pusat refleksologi di Lebuh Macalum, di sini ditahan Jumaat lepas.
Jurucakap Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIPP) berkata menerusi Op Ikrar yang dijalankan pada pukul 8 malam itu, pihaknya menahan wanita berusia antara 20 dan 30 tahun di premis berkenaan.
"Semasa operasi oleh JIPP itu mereka sedang leka mengurut pelanggan di bilik-bilik kecil yang disediakan di pusat refleksologi berkenaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati enam wanita itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas lawatan sosial," katanya di sini, Ahad.
Sementara itu dalam operasi berasingan, katanya JIPP menahan seorang wanita berusia 30-an dan anak perempuannya berusia tujuh tahun di sebuah premis perniagaan di Taman Pekaka, di sini kerana tiada dokumen perjalanan diri.
Menurut jurucakap itu, dalam pemeriksaan di sebuah kedai makan di Bayan Lepas, seramai tiga lelaki Bangladesh dan seorang wanita Indonesia ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih masa.
"Dalam operasi di sekitar Butterworth dan Sungai Jawi, dekat sini pula, seramai lapan orang termasuk tiga wanita ditahan bekerja di restoran, kedai makan dan pusat hiburan keluarga di situ," katanya.
Katanya mereka yang ditahan terdiri daripada lima warga Myanmar termasuk dua wanita dan tiga warga Indonesia termasuk dua wanita.
Beliau berkata semua 20 warga asing yang ditahan itu dibawa ke pejabat JIPP di Seberang Jaya untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru untuk siasatan lanjut.
Sumber: mStar