NARATHIWAT – Tentera Thailand di selatan negara ini menyerbu lima premis di Sungai Golok yang digunakan untuk menyimpan 60 tan pelbagai jenis mercun dan bunga api.
Pengarah Perisikan Tentera Bahagian ke-4, Kol Chatuporn Kelampasut berkata mercun dan bunga api dirampas dalam operasi semalam itu dipercayai untuk jualan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
“Pihak tentera melarang sebarang penjualan mercun dan bunga api sepanjang Ramadan dan Aidilfitri kerana bimbang ia dijadikan bahan pembuatan bom oleh anggota militan,” katanya hari ini.
Beliau berkata 28 tan daripada mercun dan bunga api itu dirampas dari dua premis di Jalan Prachawitat manakala 33 tan lagi dirampas di tiga premis simpanan yang terletak di Mukim Munok, Sungai Golok.
Tiga lelaki ditahan dan kesemua mereka menurutnya akan disiasat kerana melanggar peraturan mengimport mercun dan bunga api tanpa kebenaran yang boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah.
Kesemua mercun dan bunga api itu dibawa masuk dari China, kata Chatuporn. – BERNAMA