Ahli Parlimen PKR Bukan Islam Berucap Di Ruang Solat?


AHLI Parlimen PKR Selayang, William Leong Jee Ken dilaporkan berucap dari dalam bahagian Dewan Solat Masjid Al-Mutaqqin sempena majlis Tadarus Al-Quran dan pemberian sumbangan hari raya yang diadakan di masjid itu, Sabtu lepas.

Tindakannya ini secara jelas telah melangar titah DYMM Sultan Selangor bertarikh 28 Ogos 2010 yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang utama solat masjid dan surau di seluruh negeri itu.

Sila baca di sini.



Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu menjalankan siasatan segera kerana selain melanggar titah DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di negeri berkenaan, tindakan Ahli Parlimen itu juga mencemarkan kesucian Masjid.

Melainkan Ahli Parlimen bukan Muslim berkenaan sudah pun mengucap dua kalimah syahadah. Lebih-lebih lagi kejadian sebegini berlaku di bulan Ramadan yang mulia. –Kedahnews.com