Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah |
SUNGAI PETANI - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dijadual akan kembali memulakan tugas-tugas rasminya pada Ahad ini ekoran keadaan kesihatan beliau yang semakin baik.
Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menjelaskan bahawa bagaimanapun pakar perubatan masih menasihatkan Ahmad Bashah supaya memulakan tugasnya secara perlahan-lahan.
"Menteri Besar sudah sihat dan beliau dijadual mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 3 Julai (Ahad) nanti di Wisma Darul Aman, diikuti program moreh bersama media dan satu lagi program keesokan harinya.
"Sekarang ini beliau masih berehat di rumah. Doktor menasihatkannya untuk bermula dengan perlahan-lahan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Muafakat Soq Mahasiswa Kedah 2016 di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) di sini, awal pagi tadi.
Shaiful Hazizy berkata, Ahmad Bashah bagaimanapun masih perlu menjalani rawatan susulan di hospital namun belum pasti kekerapannya.
Ahmad Bashah dilaporkan pitam ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora, Alor Setar pada 4 Jun lalu sebelum dikejarkan ke Kedah Medical Centre dan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada hari berikutnya.
Sepanjang berada di HPP, Ahmad Bashah turut menjalani pembedahan kecil akibat masalah komplikasi usus. – Kedahnews.com
Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menjelaskan bahawa bagaimanapun pakar perubatan masih menasihatkan Ahmad Bashah supaya memulakan tugasnya secara perlahan-lahan.
"Menteri Besar sudah sihat dan beliau dijadual mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 3 Julai (Ahad) nanti di Wisma Darul Aman, diikuti program moreh bersama media dan satu lagi program keesokan harinya.
"Sekarang ini beliau masih berehat di rumah. Doktor menasihatkannya untuk bermula dengan perlahan-lahan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Muafakat Soq Mahasiswa Kedah 2016 di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) di sini, awal pagi tadi.
Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin |