Keadaan kedai makan milik Chon Kooi yang dipenuhi air. |
SUNGAI PETANI – Seorang peniaga kedai makan di bangunan Stesen Bas Lama Jalan Petri bersebelahan sungai Sungai Petani, mengalami kerugian selepas kedainya dimasuki air sungai yang melimpah kelmarin.
Mangsa, Ch’ng Chon Kooi, 50, berkata, air sungai mula melimpah ke kedainya sejak jam 3 pagi semalam menyebabkan perniagaan tidak dapat diteruskan seperti biasa.
Menurutnya, lokasi kedainya yang terletak bersebelahan dengan tebing sungai menyebabkan air melimpah dengan cepat terutama apabila hujan lebat.
“Pada tahun 2014, kejadian sama pernah berlaku dan tahun ini ia berulang kembali,” katanya yang mengakui air itu surut selepas dua jam.
Dalam pada itu, dia turut berharap pihak bertanggungjawab dapat membina tembok atau pengadang lebih tinggi bagi memastikan perkara sama tidak berulang lagi.
Sumber: Sinar Harian