Gambar Hiasan |
MELAYARI laman web, membuka media sosial, menonton Youtube atau lain-lain aktiviti ‘hiburan’ melibatkan pengguna internet di tempat kerja merupakan antara faktor produktif berkurangan.
Biarpun pihak majikan akan memantau segalanya dengan menghalang akses ke beberapa saluran, namun masih ada pekerja yang cukup bijak mencari jalan melepasi halangan yang diletakkan oleh pentadbir sistem.
Ini seterusnya membuatkan tahap sekuriti melibatkan sesetengah bangunan awam sering dilabel amat mudah ditembusi.
Menurut laporan Straits Times, kerajaan Singapura akan mengambil langkah drastik dengan menghalang akses internet buat penjawat awam di negara itu bermula Mei tahun depan.
Tindakan ini dibuat bagi tujuan keselamatan dan rahsia negara dari diakses oleh pihak tertentu.
Dianggarkan sebanyak 100 000 komputer penjawat awam akan terputus akses internet mereka.
Bagaimanapun, penjawat awam hanya dibenarkan mengakses internet menerusi peranti pintar peribadi mereka.
Manakala di setiap pejabat kerajaan, hanya beberapa buah komputer khas yang akan diberikan akses internet bagi tujuan rasmi seperti membuka emel.
Masalah intipan dan ketirisan maklumat rahsia amat dipandang serius oleh Singapura. Komputer yang disambung kepada internet pula menurut mereka mudah terdedah kepada penggodam dan serangan malware.
Di Malaysia komputer Jabatan Imigresen telah digodam oleh pedagang manusia sehingga membenarkan kemasukan pendatang tanpa izin secara pukal.
Apa yang dilakukan di Singapura ini adalah amat mengejutkan tetapi keselamatan rahsia negara bukanlah perkara yang harus dipandang remeh. -Kedahnews.com