Peniaga, Hafizah Zakaria, 23 (kanan) menjual pelbagai jenis sayur-sayuran termasuk cili merah kepada pengguna, semalam. |
ALOR SETAR – Pembekal sayur-sayuran tidak boleh menjadikan faktor cuaca dan bekalan terhad sebagai alasan untuk menaikkan harga terlalu tinggi menjelang musim perayaan Aidilfitri.
Pengerusi Pasar Besar Alor Setar, Mohd Fauzi Sharip berkata, pihak berkenaan sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menjalankan urus niaga dan tidak mengambil kesempatan terhadap peniaga.
Beliau berkata, kenaikan mendadak itu akhirnya akan memberi kesan kepada pengguna khususnya yang kurang berkemampuan.
“Pada saya, alasan pembekal kononnya faktor cuaca yang tidak menentu dan bekalan tidak mencukupi untuk menaikkan harga cili merah kepada RM20 sekilogram tak boleh diterima.
“KPDNKK menetapkan harga jualan runcit bagi cili merah adalah sebanyak RM16 sekilogram. Maka pembekal sepatutnya mengambil kira arahan tersebut,” katanya.
Menurutnya, tindakan pembekal meletakkan harga terlalu tinggi berbanding harga kawalan amat membebankan peniaga.
“Apabila harga kawalan ditetapkan RM16 sekilogram, peniaga tak dapat untunglah sebab modal saja dah RM20. Tak ada untung langsung, peniaga rugi.
“Kalau peniaga yang ada modal lebih mungkin mereka sanggup beli walaupun pembekal tetap harga RM20 sekilogram, tapi kalau yang modal tak seberapa, mereka terpaksa tangguh dulu,” katanya.
Bagi jenis sayur-sayuran lain, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak KPDNKK kerana ia memberikan keuntungan kepada peniaga dan pengguna.
“Di kesempatan ini, saya menasihatkan semua pengguna supaya jangan panik sebab harga kawalan ini cuma berlangsung selama 21 hari saja. kita kena pandai jimat penggunaan barangan yang terkawal ini.
“Jangan terlalu gopoh dalam pembelian barang. Kita boleh buat pilihan, jadilah seorang pengguna yang bijak,” katanya.
Sumber: Sinar Harian