Astro Naikkan Harga Langganan Astro Sports Pack, 1 Ogos


RANGKAIAN televisyen berbayar Astro melalui laman rasmi syarikat berkenaan telah mengumumkan kenaikan harga bagi langganan pakej sukan bermula 1 Ogos depan.

Setiap pelanggan yang melanggan Astro Sports Pack akan mengalami kadar kenaikan harga sebanyak RM8.48.

Harga langganan baharu itu adalah termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.


Peningkatan harga baru ini adalah disebabkan oleh peningkatan bayaran penyiaran Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, pihak Astro turut menambah dua lagi saluran dalam pakej sukan tersebut, iaitu saluran e-sukan 24 jam baru yang dinamakan eGG Network dan juga saluran BeIn Sports yang menawarkan liputan bola sepak di Eropah.


Dengan kenaikan caj ini, setiap pelanggan Astro Sports Pack akan diberikan prebiu OD Plus, Astro Cricket dan Setanta Sports selama 60 hari dari 16 Julai hingga 16 September. -Kedahnews.com