Atikah Suhaime |
PELAKON baharu kelahiran Singapura, Atikah Suhaime kini serius mahu menempa nama sebagai penyanyi.
Justeru Atikah mengharapkan lagu berjudul Jatuh Dari Langit ciptaan Awi Rafael untuk soundtrack filem Suamiku Jatuh Dari Langit dapat menjadi single pertamanya yang ke udara di corong-corong radio.
“Lagu ciptaan Awi Rafael itu dirakamkan untuk filem tetapi ada cadangan mengedarkannya sebagai single. Ia masih dalam perbincangan dengan penerbit,” katanya.
Menurut pelakon berusia 25 tahun ini, dia memang serius mahu menceburi bidang nyanyian dan berhasrat untuk mendapatkan guru vokal bagi memantapkan nyayiannya.
“Harapan saya lagu itu nanti dapat berkumandang di semua stesen radio kerana saya serius dalam bidang ini. Saya juga berhasrat mendapatkan khidmat guru vokal,” tambahnya.
Jelas Atikah lagi, dia ada merancang untuk mengeluarkan single kedua bersama Awi namun terpaksa ditahan buat seketika kerana sibuk dengan lakonan.
“Ia mungkin dapat direalisasikan beberapa bulan lagi kerana saya terikat dengan komitmen lakonan,” ujar Atikah. –Kedahnews.com