Awie Sudah Bertunang Dengan Syarifah Ladyana?


Tanpa sebarang petunjuk, tiba-tiba muncul khabar angin menyatakan vokalis kumpulan Wings, Awie telah sah bergelar tunangan orang baru-baru ini.

Gosip itu dihangatkan lagi apabila beberapa keping gambar majlis pertunangan Awie bersama wanita yang dikenali sebagai Syarifah Ladyana itu tersebar.

Menerusi gambar itu Syarifah Ladyana atau lebih dikenali sebagai Lady dilihat diapit oleh dua perempuan Awie, Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup.


Difahamkan, majlis pertunangan itu diadakan di Hotel Vistana Penang Bukit Jambul 3 Jun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, majlis hanya dihadiri beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak serta anggota kumpulan Wings sahaja.

Awie dikatakan memilih wanita itu sebagai calon isterinya setelah beberapa tahun berkenalan kerana sikapnya yang penyayang pada anak-anaknya.

Muncul juga ura-ura, Awie dan wanita yang berkhidmat di sebuah syarikat penerbangan ini bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan dari Awie untuk mengesahkan kebenaran status pertunangannya yang digembar-gemburkan itu. –Kedahnews.com