Axia Meletup Ketika Wanita Cuba Jawab Handphone Di Stesen Minyak


GARA-GARA mahu menjawab telefon bimbit yang berdering ketika sedang mengisi minyak, seorang gadis mengalami kecederaan 60 peratus melecur pada anggota badan.

Insiden yang berlaku di stesen minyak Shell Setapak Indah, KL jam 1.25 tengah hari tadi dikatakan berpunca daripada sebuah kereta jenis Axia yang meletup sebaik sahaja mangsa membuka pintu kereta untuk menjawab panggilan dari telefon bimbitnya yang diletakkan di kerusi bahagian hadapan.

Sebaik menerima laporan, lima anggota bomba dan penyelamat cawangan Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Manogaran ketika dihubungi berkata, kenderaan yang digunakan mangsa tidak terbakar, sebaliknya hanya letupan kecil berlaku.

Mangsa seorang wanita berusia 25 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan ambulans kira-kira jam 2.07 petang tadi. – Kedahnews.com