Abdul Azeez (kiri) ketika melawat keluarga Muhammad Zubir. |
BALING - Desakan hidup memaksa sebuah keluarga hidup dalam pondok buluh di kebun getah di Kampung Sungai Tembak, di sini, sejak setahun lalu.
Muhammad Zubir Hamzah, 42, berkata, dia bersama isteri dan anak berusia antara setahun hingga 15 tahun menghuni pondok itu disebabkan tidak mampu menyewa rumah.
Menurutnya, sebelum ini mereka sekeluarga menetap di rumah sewa di Kampung Charok Gorok dengan bayaran RM100 sebulan.
“Namun disebabkan pendapatan menoreh getah tak seberapa, saya memutuskan tinggal dalam kebun getah ini.
"Saya tumpang tanah adik, dengan cara ini saya dapat jimatkan duit sewa rumah untuk bayar persekolahan anak-anak," katanya, semalam.
Muhammad Zubir Hamzah belum pernah memohon bantuan zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengakui tinggal di pondok buluh itu memberikan masalah kepada mereka sekeluarga sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
“Rumah kami terletak kira-kira 500 meter dari rumah orang, jadi jika berlaku apa-apa masalah contohnya sakit susah nak ke hospital sebab laluan di sini hanya boleh digunakan motosikal,” katanya.
Sementara itu, nasib keluarga berkenaan mendapat perhatian Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang menziarahi mereka, kelmarin.
Menurutnya, bantuan segera akan disalurkan kepada keluarga itu dan pihaknya akan memastikan rumah keluarga itu dapat disiapkan sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
“Memandangkan tuan rumah bersama ayah mentuanya pandai menukang, jadi saya akan salur bantuan berbentuk barang-barang binaan rumah kepada mereka.
“Dalam masa sebulan, mereka boleh menyiapkan rumah ini. Muhammad Zubir tidak perlu risau mencari rezeki dengan menoreh, saya akan membayar gaji kepadanya sebagai pengganti dalam tempoh tersebut,” katanya.
Sumber: Sinar Harian