Bagaikan Cuti Di Alam Dongeng Mitos Khayalan


Dalam era yang melihat pelancong mampu merancang percutian ke destinasi yang berbaloi dirakamkan Instagram, tempat-tempat menakjubkan ini tidak ubah seperti dipetik dari buku-buku cerita dongeng yang turut menyediakan latar belakang menarik buat penggemar selfie.



Ia termasuk kampung-kampung kecil yang indah di banjaran gunung menakjubkan, istana hebat di atas tebing gunung dan penempatan terbengkalai yang ditawan semula alam semula jadi.

Diangkat sebagai antara destinasi pelancongan tercantik di dunia- Hallstatt, Austria diapit antara banjaran Alps dan tasik jernih.


Perkampungan ini teramat indah sehingga sebuah syarikat pelombongan membina replika di China.

Walaupun begitu, Hallstatt tidak ramai pelancong, berbeza pula dengan Mont Saint-Michel di pesisiran Normandy, Perancis yang menarik lebih dua juta pelancong setahun.

Biara abad ke-11 itu terpisah dari tanah besar ketika dikelilingi air di Selat Inggeris dan terdedah kepada pasang surut yang paling kuat dunia.


Dari istana Bavaria yang menjadi inspirasi Walt Disney hinggalah perkampungan indah Cotswolds di England, inilah destinasi kisah dongeng dalam kehidupan sebenar yang membolehkan pelancong mencapai impian mereka. -Agensi