Bakal Timang Anak Kedua, Fizz Fairuz Ingin Bayi Lelaki


PASANGAN Fizz Fairuz dan Almy Nadia bakal menerima cahaya mata kedua mereka pada Oktober ini dan menurut Fizz, dia mengimpikan bayi lelaki.

Ini kerana mereka sudah dikurniakan anak perempuan, Nur Afrina Ariana pada 16 Februari tahun lalu.

“Kalau boleh saya nak anak lelaki sebab anak pertama saya merupakan perempuan. Setakat ini masih belum mengetahui jantina kerana setiap kali imbasan dilakukan, anak kami seperti menyembunyikan jantinya.

“Tetapi, bagi saya dan isteri, yang paling penting ialah kesihatan dan kesempurnaan sifat bayi yang bakal lahir nanti. Tak kisah lelaki atau perempuan. Semuanya bergantung pada rezeki Allah.

“Kalau perempuan, dia boleh bermain dengan kakakanya dan jika mendapat bayi lelaki, kami telah mendapat sepasang anak. Dia juga boleh berkawan dengan saya nanti,” kata Fizz kepada Astro Gempak.

Fizz juga mengakui perniagaan koleksi kurta dan sambal hitam Pahang yang dijalankannya di Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang mendapat sambutan memberangsangkan sepanjang Ramadan tahun ni. – Kedahnews.com