"Balik Rumahlah..!", PAN Pertikai PAS Pilih Calon Muslimat


KUALA KANGSAR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub mempertikai keputusan PAS memilih pemimpin Muslimat PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calon mewakil bekas partinya itu untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Salahuddin berkata, beliau simpati terhadap calon Muslimat PAS itu yang disifatkan sebagai sengaja "diperalat" kepimpinan untuk mendapatkan undi lebih dari PAN pada 18 Jun nanti.

"Ada kenyataan daripada pemimpin kanan PAS yang menyatakan bahawa kita hanya nak atasi saja undi Amanah (PAN), itu sebab kita bertanding.

"Maknanya, dia (PAS) bukannya nak lawan UMNO. Kenapa pertaruhkan Muslimat PAS macam itu? Kesian Muslimat Kenapa buat demikian? Bertanding hanya nak tunjuk dia lebih baik daripada Amanah (PAN).

Justeru itu, Salahuddin menyindir PAS supaya "balik rumah" kerana bekas parti dokongannya itu kini dikatakan lebih "mesra UMNO" dan hanya mahu mendapatkan undi yang lebih dari PAN.

"Ni apa cerita? Dia masuk pilihan raya ni terang-terang cakap bukan nak menang, kita takkan serang UMNO, cuma nak undi lebih daripada Amanah (PAN).

"Balik rumahlah..!," ujarnya memperlekeh PAS dan Dr. Najihatussalehah di depan sekitar 50 orang hadirin di sini, semalam. -Kedahnews.com