Banyak Kerusi Kosong, Tapi Nak Duduk Atas Riba Jugak...

TINDAKAN sepasang kekasih bercengkerama di dalam sebuah gerabak kereta api mengundang rasa tidak selesa pengguna MRT Singapura, dalam satu kejadian Ahad lalu.

Pengikut laman web Stomp (Stomper) dikenali sebagai Kyle yang berkongsikan gambar pasangan tersebut berkata, seorang gadis berbaju putih memilih untuk duduk di atas riba teman lelakinya walaupun terdapat banyak tempat duduk kosong bersebelahan mereka dalam gerabak berkenaan.

Menurut Kyle, seperti mana dirinya yang terkejut melihat ‘pemandangan’ sebegitu sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam gerabak, dia pasti penumpang lain turut mempunyai reaksi yang sama.

Tambahnya, pasangan itu tidak harus terlalu terbuka menayang ‘rasa cinta’ masing-masing di hadapan khalayak ramai sehingga mengundang rasa tidak selesa dan jelik pengguna MRT lain.


Seorang netizen Jason Tan  turut memberi komen sarkastik, “Because doing it at secluded area is too mainstream?”

Inilah antara ragam orang yang sedang hangat bercinta, mereka tidak kisah sama ada perlakuan itu diterima masyarakat atau tidak.

Bagi mereka setiap tindak tanduk yang dilakukan begitu mengasyikkan sedangkan orang sekeliling terpaksa menahan muntah. – Kedahnews.com