SUNGAI PETANI – “Alhamdulillah. Syukur kerana lima anak yang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani akibat disyaki difteria dah beransur pulih," demikian luahan gembira Zalifah Husain, 40, dari Flat Paya Nahu di sini apabila lima anaknya yang berusia antara tiga hingga 11 tahun kini sudah boleh pulang ke rumah.
Menurutnya, sebagai ibu, perasaan bimbang tetap ada memandangkan anak-anaknya masih perlu mengikuti jadual rawatan dan dikehendaki mengambil ubat sepertimana ditetapkan pihak hospital.
“Dalam masa sama, ada kakitangan pejabat kesihatan yang mai ke rumah untuk pantau keadaan mereka sama ada beransur baik dan makan ubat ikut jam dengan betul,” katanya.
Tinjauan ke rumah mangsa semalam mendapati, terdapat dua kakitangan Pejabat Kesihatan Kuala Muda yang berkunjung ke rumah bagi mendapatkan perkembangan terkini kesihatan anak-anak Zalifah.
Kehadiran mereka juga bertujuan memastikan kesemua mereka mengikuti jadual makan ubat yang ditetapkan.
“Saya rasa gembira sangat tengok semua dah boleh balik dan ada depan mata, kecuali anak bongsu yang masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya.
Zalifah turut berdoa agar anak bongsunya, Muhammad Rusyaidi Rezki, 10 bulan, kembali pulih dan dibenarkan pulang secepat mungkin.
Katanya, bagi memastikan kesihatan anak-anaknya kekal dalam keadaan baik, dia sendiri akan memastikan mereka mengikuti nasihat doktor dan ikuti jadual makan ubat dengan teratur.
“Kalau boleh tak mau masuk hospital dah, dan nak bagi depa semua baik sahaja, tambah-tambah lagi dah nak raya. Harap-harap depa semua akan sihat dengan cepat,” katanya.
Pada 22 Jun lalu, salah seorang anak Zalifah, Muhammad Haris Haikal, 2, meninggal dunia dipercayai akibat diserang bakteria difteria selepas beberapa hari mengalami sakit tekak dan demam.
Kematian itu merupakan yang kedua selepas seorang kanak-kanak di Melaka dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat bakteria sama pada 18 Jun.
Sumber: Sinar Harian