Roshizan (kanan) mengambil alih peranan sebagai ibu dan bapa kepada empat anaknya. |
KUALA NERANG - Seorang bapa tunggal merayu kepada pihak yang prihatin supaya dapat menghulurkan sumbangan untuk menyara tiga anaknya.
Roshizan Saad, 43, dari Felda Bukit Tembaga berkata, sejak mengalami komplikasi tulang belakang bermula 5 tahun lalu, dia tidak mampu terlibat dalam kerja-kerja berat.
"Saya hanya boleh kerja di kedai makan, dengan gaji RM700 sebulan sebagai pembantu kedai memang tak cukup untuk tampung hidup.
"Pada bulan puasa ni kedai pulak tutup menyebabkan saya tidak mempunyai sumber pendapatan bagi membiayai perbelanjaan harian, terutama semasa berbuka puasa nanti.
Katanya, mereka sekeluarga bergantung harap kepada anak sulung, Mohd Hashime, 19, yang bekerja di bazar Ramadan.
"Selepas bercerai lima tahun lalu, saya ambil alih peranan sebagai ibu bapa kepada empat anak dan tiga daripadanya masih bersekolah.
“Kadang kala anak saya hanya bawa wang tambang bas ke sekolah. Saya tak ada duit nak bagi mereka. Nasib baiklah mereka faham keadaan hidup kami sekeluarga,” katanya.
Menurut Roshizan, sehingga kini mereka sekeluarga hanya menumpang di rumah usang ditinggalkan bapanya yang juga peneroka di situ.
Rumah pusaka itu kini menjadi tempat mereka berteduh walaupun struktur binaannya semakin reput kerana dimakan anai-anai, malah bumbung rumahnya banyak bocor dan mereka terpaksa berteduh di ruang tamu sahaja sekiranya hujan.
“Setiap kali tiba musim raya saya hanya beli pakaian terpakai untuk anak-anak kerana tak mampu beli pakaian baru untuk mereka bagi menyambut hari yang mulia itu. Bagaimanapun mereka tetap gembira dengan apa yang ada dan tetap meraikannya bersama rakan mereka,” katanya.
Menurut Roshizan, dia pernah membuat permohonan di beberapa agensi kerajaan, tetapi ditolak dengan pelbagai alasan dan kini sudah tidak tahu lagi di mana untuk mengadu masalah ditanggungnya
Bagi mereka yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun Maybank 1520 2352 3398 (Mohd Hasyime Roshizan) atau hubungi Roshizan (013-4009579).
Sumber: Sinar Harian