Gambar Hiasan |
JAWAPAN;
Riwayat hadis ini agak panjang. Secara ringkasnya disebut bahawa Nabi SAW enggan solat ke atas satu jenazah. Ini kerana jenazah tersebut mempunyai hutang. Kemudian malaikat Jibril datang memberitahu baginda bahawa hutang jenazah tersebut telah dibayar. Ini kerana amalan jenazah tersebut semasa hidupnya adalah membaca surah al-Ikhlas 100 kali setiap hari.
Amalan membaca surah al-Ikhlas adalah baik. Ini kerana ia adalah sebahagian daripada al-Quran. Bahkan dalam riwayat hadis disebut bahawa bacaan surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran. Adalah baik bagi Muslim untuk membaca surah ini, begitu juga dengan surah-surah yang lain.
Mengenai kesahihan riwayat hadis ini, tidak ditemukan sumber riwayatnya dalam sebaran media sosial. Keadaan ini menyukarkan semakan terhadap status hadis tersebut. Adalah lebih baik jika penulis asalnya menjelaskan sumbernya. Contohnya kitab rujukan sama ada kitab tafsir, hadis dan sebagainya. Ia adalah lebih bertanggungjawab.
Sumber: Utusan