Keadaan kawasan bendang yang ditakungi air sejak empat hari lalu. |
ALOR SETAR - Lebih 30 petani yang baru menabur benih padi terpaksa menanggung kerugian besar apabila bendang yang diusahakan ditenggelami air akibat banjir kilat sejak empat hari lalu.
Kejadian di Kampung Kubang Panggas, Kampung Padang dan Kampung Lemping yang berkeluasan lebih 143 hektar itu kini kelihatan seperti lautan luas.
Insiden itu berlaku disebabkan pembinaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di lencongan Sungai Baru, Sungai Kedah dan Anak Bukit.
Perkara itu turut mendapat perhatian Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.
Beliau berkata, kejadian itu dipercayai akibat saliran keluar air terganggu oleh pembinaan projek RTB Sungai Baru.
“Projek ini dah lama berjalan, tapi sampai sekarang belum siap. Saya lihat terlalu banyak kelemahan dalam projek ini, terutama reka bentuknya.
“Kadang-kadang mereka tutup dan buka saluran tidak ikut masa. Penduduk pun kadang-kadang tak dapat air, tapi bila hujan macam ini mulalah jadi banjir,” katanya.
Menurutnya, masalah sama pernah dibangkitkan pada November 2015 apabila petani menzahirkan rasa bimbang hasil padi akan terjejas.
“Saya harap semua agensi kerajaan termasuk Mada (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda), JPS dan kontraktor terlibat dalam mengambil tindakan segera untuk mengeluarkan takungan air bagi mengelakkan benih padi yang baru ditabur musnah.
“Kerajaan negeri khususnya mesti campur tangan dengan lebih serius terhadap projek ini kerana setiap kali perubahan cuaca dan musim tanaman padi, ada saja masalah yang timbul dan boleh membawa kerugian kepada penduduk,” katanya.
Selain kemusnahan tanaman padi, dua rumah penduduk berdekatan ditenggelami air setiap kali berlaku hujan.
“Saya difahamkan, tuan rumah itu terpaksa mengambil inisiatif sendiri menggunakan pam untuk menyedut takungan air keluar dari rumah.
“Banyak perkakasan dan peralatan dalam rumah itu rosak. Sudah tentu penduduk terpaksa menanggung kerugian teruk,” katanya.
Beliau turut menggesa semua pihak yang terlibat agar lebih bertanggungjawab menjayakan projek RTB itu tanpa mengorbankan keselesaan dan hasil pendapatan penduduk.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika majlis penyerahan kunci rumah kepada penduduk yang terlibat dengan RTB pada 2 Jun 2015 berkata, projek itu mula dilaksanakan November 2014 dan dijangka siap bulan lalu dengan kos RM320 juta.
Untuk itu, 108 keluarga di kawasan itu perlu dipindahkan tetapi hanya 49 keluarga bersetuju dan menyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), manakala selebihnya membeli rumah lain.
Sumber: Sinar Harian