Maria Chin Abdullah |
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pro-Pakatan Harapan, BERSIH 2.0 mengutuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana membuat kenyataan tentang kemurkaan Allah S.W.T ke atas mereka yang salah mengundi wakil rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun ini.
BERSIH 2.0 yang dipengerusikan oleh Maria Chin Abdullah dalam satu kenyataan media mendakwa, perbuatan Presiden PAS itu merupakan satu kesalahan dibawah seksyen 9 (1), Akta Pilihan Raya 1954.
“BERSIH 2.0 mengutuk ucapan Presiden PAS yang menyatakan bahawa “mereka akan berdepan dengan kemurkaan Ilahi jika memilih Ahli Parlimen salah pada 18 Jun ini”.
“BERSIH 2.0 tuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai segala kesalahan yang dilaporkan ini,” kata kenyataan itu semalam.
Tegas BERSIH 2.0, kenyataan Abdul Hadi mengenai Allah S.W.T itu menyebabkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada kali ini berlangsung dalam yang tidak bersih,bebas dan adil.
Perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 dan Pakatan Harapan di ibu negara pada Ogos tahun lalu pernah mengadakan upacara memijak-mijak gambar Presiden PAS.
Majoriti peserta perhimpunan tersebut merupakan penyokong Pakatan Harapan.
Perhimpunan yang gagal mendapat sambutan itu mendapat bekerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk lesbian dan gay.
Presiden PAS baru-baru ini memberi amaran kepada pengundi di Sungai Besar bahawa mereka akan berdepan dengan kemurkaan Ilahi jika memilih Ahli Parlimen salah pada 18 Jun ini.- Kedahnews.com