Gambar Hiasan |
BUTTERWORTH – Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima wang tunai berjumlah RM400 daripada seorang pengutip kepah tahun lalu.
Bintara Muda Maritim Ridzwan Che Leh, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz selepas mengaku faham terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.
Dia didakwa memperoleh suapan RM400 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang melakukan kesalahan mengutip kepah menggunakan tangguk bergalah atau kor bergalah tanpa lesen di kawasan perairan Kuala Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan antara pukul 10 malam hingga 12 tengah malam pada April 2015.
Ridzwan yang bertugas di APMM Daerah Maritim 2 Pulau Pinang didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amin Yaacub menawarkan jaminan RM15,000, namun hakim menetapkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin setelah Ridzwan membuat rayuan dengan mengatakan perlu menanggung empat anak termasuk dua yang sedang belajar di kolej.
Hakim kemudiannya menetapkan 21 Julai ini sebagai tarikh serahan dokumen dan meminta tertuduh melantik peguam. – BERNAMA