Biri-Biri Disuruh Berlaga Sebelum Jadi Juara


Biri-biri mungkin tidak mempunyai reputasi menakutkan dalam dunia haiwan tetapi tandukannya masih mampu menimbulkan rasa gerun.

Pada setiap tahun, daerah Hua di Anyang, wilayah Henan, China, pertandingan laga biri-biri menjadi medan menonjolkan kehebatan haiwan itu.

Beberapa gambar menakjubkan menunjukkan aksi bebiri-biri berlaga dalam satu perayaan tradisi pada 25 April lalu untuk menjadi juara.


Lebih 150 haiwan itu, kebanyakannya dari baka Han yang berekor kontot menyertai acara yang berlangsung berhampiran sebuah kuil.

Pertandingan laga kambing berkenaan sangat popular dan menarik kedatangan beratus-ratus pengunjung dari dalam dan luar daerah itu.

Biri-biri dari baka Han terkenal kerana mempunyai tubuh yang tegap, tanduk yang kuat serta agresif.

Semua biri-biri yang menyertai pertandingan itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut umur dan berat.


Mereka akan bertanding dalam pusingan penyingkiran untuk memilih juara.

Sejak beberapa tahun, aktivis hak asasi haiwan mengutuk pertandingan itu kerana menganggapnya kejam dan satu bentuk penganiayaan.

Bagaimanapun, penduduk tempatan mempertahankan pertandingan itu dengan alasan ia acara yang sudah sekian lama diadakan.

Sumber: myMetro