Budaya Pesta Di Tanah Perkuburan Setiap Tahun


TERDAPAT satu budaya unik di perkampungan Rizana, Greece iaitu penduduk di sana akan berpesta di tanah perkuburan ahli keluarga mereka sendiri.

Budaya itu bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan ia telah diamalkan sejak beberapa dekad lalu.

Setiap tahun, perayaan yang diadakan selepas hari Easter itu memaparkan suasana setiap ahli keluarga akan bersantai dan berpiknik di kubur ahli keluarga mereka.


Mereka membawa alas meja, kerusi, minuman keras, bunga dan lilin yang diletakkan berhampiran kubur yang dihias cantik.

Setiap dari mereka dilarang untuk menangis, sebaliknya hari itu hanya perlu dipenuhi dengan kegembiraan sebagai salah satu cara bagi merai dan menghormati mereka yang telah pergi.


Orang dewasa akan berkumpul dan berbual sesama mereka manakala kanak-kanak pula bebas bermain di kawasan perkuburan. –Kedahnews.com