Datuk Fazley Yaakob |
PENYANYI dan Juara Masterchef Selebriti Malaysia Datuk Fazley Yaakob diiktiraf dalam satu pertandingan antarabangsa, The World Gourmand Cookbook Awards, apabila buku resepinya ‘My Sucre Story’ diumum sebagai juara kategori Best Recipe Book by a TV Personality outside Europe (Buku Resipi Terbaik dari Personaliti TV luar Eropah).
Dengan pengumuman yang dibuat di Yantai, China pada 29 Mei lalu itu, Fazley sekali gus berjaya menewaskan Ana Maria Braga dari Brazil dan juga Judy-Ann Santos Agoncillo dari Filipina.
Mereka merupakan selebriti cef yang terkenal di negara masing-masing.
Menerusi buku resepi My Sucre Story, Fazley membawakan resepi-resepi antaranya dalah Rendang Uwan, Daging Masak Lemak Cili Api, Madagascar Vanilla Creme Brulee, Popcorn Macaron dan Puteri Mandi.
Selain itu, resepi-resepi moden dan manisan dari Perancis juga turut diperkenalkan.
Sementara itu, Fazley memberitahu, pertandingan buku resepi antarabangsa itu melibatkan hampir 205 negara bertanding yang dianjurkan oleh Gourmand International, Barcelona, Sepanyol.
Telah diadakan sejak tahun 1995, pertandingan’Gourmand World Cookbook Awards’ ini memberi pengiktirafan kepada chef-chef dari seluruh pelusuk dunia yang menghasilkan buku-buku resipi unik dan berkualiti. –Kedahnews.com