Claudio Viera de Oliveira dilahirkan dengan kepalanya ke bawah dan anggota badan cacat teruk. Ibunya pernah dinasihatkan oleh doktor supaya membiarkan sahaja dia mati.
Namun, de Oliveira berjaya mengharungi hidup sehingga mampu menulis buku mengenai kehidupannya selepas mencapai usia 40.
Dia yang berasal dari Monte Santo, Brazil menghidap artrogriposis, keadaan luar biasa yang menyebabkan sendinya bersimpul. Keadaan itu juga menyebabkan kepalanya berada di bawah dan menghadap ke arah yang bertentangan.
Tetapi selepas menyedari dia mampu menggunakan pen dengan memasukkannya ke dalam mulut untuk menaip perkataan dan bibir untuk mengendalikan tetikus dan telefon, De Oliveira mencipta cara untuk mengatasi rintangan yang dihadapinya.
Dia kini mempunyai kelulusan sebagai akauntan dan memberikan ceramah di beberapa majlis khas.
De Oliveira menerbitkan buku pertamanya berjudul ‘El mundo esta a contramano’ (Dunia yang terbalik), yang dilancarkan di Muzium Seni, Sao Paulo, tenggara Brazil, minggu lalu.
Ketika dilahirkan, doktor memberitahu ibunya, Maria Jose Vieira Martins, dia sepatutnya membiarkan anaknya mati kelaparan memandangkan dia terlalu tenat. Tetapi, Maria mengambil keputusan untuk tidak mempedulikannya.
Menurut de Oliveira, dia belajar sendiri kemahiran untuk menjalani kehidupan seharian.
“Sejak kecil saya suka menyibukkan diri dan bekerja. Saya tidak suka bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
“Kini, saya membuat sedikit kerja perakaunan, penyelidikan untuk pelanggan dan runding cara. Saya belajar membuka televisyen, menjawab telefon, memasang radio, mengguna Internet dan komputer. Semuanya dilakukan sendiri.”
Tindakannya berdikari juga menyaksikan dia berjaya di sekolah dan lulus sebagai akauntan dari Universiti Feira de Santana.
“Sepanjang hidup ini, saya dapat menyesuaikan diri dengan dunia. Kini, saya tidak lagi melihat diri saya sebagai orang yang berbeza. Saya manusia normal.
“Saya tidak melihat benda terbalik. Ini yang selalu saya cakap di ceramah saya. Kini, keadaan semakin mudah untuk berurusan dengan orang ramai.
“Saya tidak lagi takut dan saya boleh katakan saya profesional, penceramah awam antarabangsa dan menerima jemputan dari seluruh dunia,” katanya.
Sumber: myMetro