Che Ta Sekeluarga Tempah 110 Pasang Baju Raya

SEMPENA perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Pelakon dan Pengacara cun melecun, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta tidak ketinggalan menyediakan baju raya untuk keluarganya.

Menurut suami Che Ta, Zain Saidin, 30, tahun ini mereka sekeluarga bakal menyediakan 110 pasang baju untuk digayakan pada hari raya.

Jelasnya, pakaiannya dan isteri setiap seorang ialah 30 pasang, manakala anak perempuan mereka Aaisyah Dhia Rana pula sebanyak 50 pasang.

“Kalau Che Ta 30 pasang, saya pun samalah. Cukup la untuk sebulan raya.

“Untuk anak biasalah Che Ta akan lebih teruja. Mungkin melebihi 50 pasang la kot! Kita tengok nanti,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Zain, raya kali ini dia akan mengayakan koleksi  sendiri iaitu Ketak by ZainSaidin.


Pasangan terkenal ini akan beraya di Kuala Lumpur pada raya pertama sebelum pulang ke kampung halaman Che Ta di Kedah pada raya kedua.

Tahun lalu, keluarga ini juga pernah mengejutkan ramai apabila menyediakan 60 pasang baju raya untuk mereka tiga beranak.

Bagaimanapun, Che Ta ada menjelaskan baju raya itu disediakan banyak kerana mereka perlu menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal. –Kedahnews.com